Saturday, 19 April 2014

Comel Lee Da Hae Comel Pakai Tudung

Sambungan daripada entry aku pasa Hotel King... ada yang kata tak best, ada yang kata best... tapi bagi aku best jek sebab pelakon sama dengan My Girl dulu..... tak kira tak kisah lantak... aku sukaaaaa!!!! full stop!!! (aik kenapa tanda seru plak)....

Entry aku kali ni aku saja nak upload gambo heroin (bukan dadah) drama tu... aku tak tau nape aku suka tengok muka dia pakai tudung. Bagi aku makcik tu lagi cantik bila pakai tudung dari free hair...

Walaupun kecantikan dia bukan 100% asli (orang kata) tapi bagi aku dia tetap cantik (peduli ape aku kat orang yang anti k-pop sebab plastik)...

Cakap banyak tak guna... sila layan deretan gambo Lee Da Hae kat bawah ni... ni printscreen dr DramaBay.com...
Comeyyy


So........................................................
x

Friday, 11 April 2014

Drama Hotel King BEST!!!!!



Ok Drama Hotel King ni mula ditayangkan pada 5 April 2014 kalau tak silap ai. Ok mulanya ai tak berminat nak tengok drama ni. Lagipun ai tak baca lagi synopsis darma ni. Bila member kata drama ni pelakong dia pasangan pelakon Dram My Girl dulu… so ai pun mula la melayan satu episode kot la terlayan plak kan… Nah… nyata aku terlayan… huarghahahaha… So Lepas Emergency Couple aku dah ada dram lain yang aku nak ikut… Hehehehe Drama Hotel King ni pelakong dia Lee Dong Wook, Lee Da Hae, Im Seul Ong, Wang Ji Hye dan banyak idol. Sapa yangtak kenal tu sila google sendiri.









Ok maka lepas tu aku gigih la kan cari dia punya synopsis. Erm best jugak!!! Biasa la cerita korea pun macam drama melayu jugak… nak yang kaya je… tapi tak pe… aku suka… sebab aku suka korea!!!! Ok kat bawah ni synopsis cerita ni.

Kisah antara Ah Mo Ne (Lee Da Hae) dan Cha Jae Wan (Lee Dong Wook). Ah Mo Ne adalah satu-satunya pewaris  Hotel Ciel, satu-satunya hotel berbintang 7 yang merupakan warisan dari mendiang ayahnya. Dia ni hidup mewah dan dia menjadi sangat manja. Sampaikan dia mendapat jolokan Paris Hilton Korea gitewww…


1st day dia ke Hotel tu selepas kematian ayahnya pun dia mintak dibentangkan karpet merah ( red carpet gitew) … kau hadooo. Tetapi hotel tersebut mengadapi krisis dan Ah Mo Ne nekad untuk melindungi hotel tersebut. Ayah dia sebelum meninggal pun sempat telefon bagitau supaay dia jangan percaya siapa-siapa.

Cha Jae Wan plak si Genral Manager Ciel Hotel ni seorang yang perfectionist. Beliau menghadapi kesulitan hidup masa kecilnya (pernah menjadi pengemis dan kawan dia meninggal kena bunuh sebab kutipan masa mengemis tak banyak, tapi dia diselamatkan oleh seorang pakcik yang tak berapa nak baik la jugak. Pakcik tu kawan kepada bapa Ah Mo Ne).


Im Seulong sebagai Sun Woo Hyun. Seorang anggota staf VIP yang sangat optimistik dan rajin. Dia sering berselisih dengan Jae Wan dan dia juga bertujuan untuk membantu Ah Mo Ne menyelamatkan hotel Ciel.

Selebihnya kene tengok sendiri la kan…. Aku pun tak tau sangat sebab baru tengok 2 episod. Tapi sangat digalakkan untuk tengok… huraghahahaha

“Comel Lee Da Hea pakai tudung” masa kene kejar ka market.

Saturday, 5 April 2014

That Fool @ The Accidental Couple

Hari ni aku rasa macam ada masa untuk diri sendiri... oleh kerana kemalasan tahap gaban bertenggek pada diri, maka hari ini aku gunakan dengan melayan drama korea??? kenapa korea??? ntah sebab aku suka la kot....

Kali ni aku marathon drama lama, That Fool @ The Accidental Couple (2009). Saja suka dengan tajuk drama tu...

Apa yang aku dapat....???
1) buat baik tak perlu minta balasan..... ikhlas itu lebih nikmat... kerana Allah SWT ada cara tersendiri untuk membalasnya
2) jangan menipu, kerana bermula daripada satu penipuan ia boleh menyebabkan anda terus menipu
3) kasih sayang boleh dipupuk
4) bos jangan ambil kesempatan @ peluang atas kebaikan pekerja sehingga mengganggu kehidupan peribadi
5) jangan dengki
6) didikan yang betul dari kecil tanpa memberi tekanan kepada anak2 akan memberikan kekuatan mental dan perasaan anak2
7) jangan mungkir janji

MH370

24 Mac 2014

Seperti kebiasaan aku mengikuti perkembangan SAR MH370 selepas waktu bekerja. Mula la bersantai bak dugong di depan TV. Ghairah nak tahu perkembangan mengalahkan ghairah aku nak tengok tom & jerry. 

Dimaklumkan bahawa YAB PM akan mengadakan sidang media pada jam 10 malam. Ok maka hatiku berdetik, apakah perkhabaran penting yang akan disampaikan???mungkin kah pesawat sudah dijumpai??? Tapi di mana??? Bila???

Nah ternyata.... mengalir jua air mata tatkala mendengar apa yg YAB PM umumkan...Pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi....

Tetapi... hanya berakhir... bukan terhempas, bukan meletop....