Monday, 11 August 2014

....Tragedi MH17....Ia bukan satu mimpi... bukan hanya khayalan tapi kenyataan

....Tragedi MH17....
Ia bukan satu mimpi... bukan hanya khayalan ...tetapi kenyataan

Lebih 2 bulan peristiwa MH370 yang hilang entah ke mana... Dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedy satu lagi pesawat MAS iaitu MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Dugaan bulan Ramadhan buat keluarga mangsa yang terlibat. Keseluruhan penumpang dan anak kapal terkorban apabila pesawat tersebut terhempas di satu daerah di Ukrain. Dilaporkan pesawat tersebut ditembak.

Sejarah yang seboleh-bolehnya kita tidak mahu ianya tercatat dalam buku Malaysia... MH370 belum berpenghujung... operasi pencarian masih giat dilaksanakan, kita digemparkan dengan terhempasnya MH17. Semuanya dugaan buat Negara untuk berbincang semula bagi mendapatkan jenazah dan mayat2 mangsa yang terlibat kerana ianya berada di kawasan bergolak.