Friday, 6 February 2015

Perginya Insan Yang Banyak Berjasa Kepada Kami Semua...

Mengenali seorang insan yang menjadi seorang ahli keluargaku pada tahun 1996@1997.. aku sendiri kurang pasti tahunnya... aku langsung tidak mengetahui siapa gerangan insan itu sehinggalah kakakku melahirkan anak sulung mereka pada Januari 1998. Dari situ aku mula mengenai insan ini.. cukup peramah...

Seorang yang menjadi salah satu tulang belakang semasa aku melanjutkan pelajaranku di Matrikulasi dan Universiti...

2013 dia melalui pembedahan kecil... namun masa itu aku langsung tidak memikirkan itu petanda kepada segala apa yang berlaku pada tahun 2014.

Takdir Allah itu amat teratur buat hambaNya... Julai 2014 aku berpindah ke Kuching Sarawak...
September 2014 insan itu dimasukkan ke Hospital Pakar Normah Kuching selama hampir 2 minggu...

Sepanjang tempoh itu aku menemani mereka di situ... walaupun pada masa itu keadaan kewangan aku amat meruncing..

Oktober 2014 sekali lagi insan itu dirujuk ke Hospital... tetapi Hospital Umum Sarawak... Untuk menjalani Rawatan Radioterapi...

15 Oktober 2014 aku berpindah di tempat baharu... tarikh yang sama juga dia keluar hospital...

November 2014 mereka menjalani kemoterapi untuk pertama kali... ya.. masa tu aku tiada di kuching...

Disember 2014 mereka dijadualkan menjalani kemoterapi kali kedua... tetapi kerana keadaan badan insan itu amat lemah, Dr. menasihatkan beliau untuk balik berehat..

2 Disember 2014 tergerak hati nak balik walaupun plan asal nak stay Betong...
Jam 10 lebih malam mak gerak suruh bawa semua anak2 kakak ke rumah kakak ipar dia..
Allahuakbar... kasihannya melihat apa.....
Seumpama malaikat izrail menunggu masa sahaja untuk membawanya berjumpa Pencipta... meraung kesakitan dan meraung memohon berjumpa ibunya... sungguh aku tidak dapat menahan air mata dari mengalir... anak2nya yang tidak tahun apa2... syukur ya Allah anak2nya boleh diharapkan untuk membacakan ayat2 yang boleh menenangkan si ayah...

3 Disember 2014... daya ingatnya memang pudar... langsung tidak mengingati sesiapa pun.. hanya si ibu yang dipanggil... si isteri langsung tidak diingati.. Allahuakbar...

seminggu berada di wad.. akhirnya keadaannya pulih sedikit demi sedikit walaupun tidak sesihat sebelum dia pergi ke kuching untuk kali terakhirnya...

pelbagai dugaan yang ditempuhinya.. pelbagai inisiatif juga telah diambil untuk meredakan penderitaannya...

Namun kasih Allah terhadapnya lebih tinggi dari kasih kami saudara kepadanya... 4 Januari 2015 bersamaan 13 Rabiulawal 1436H kira2 jam 1.00 lebih petang..beliau pergi mengadap Sang Pencipta. Allahuakbar... betapa kasihMu padanya ya Allah.. mudah untuk kami mengingati tarikh pemergiannya mengikut kalendar islam kerana sehari selepas maulidur rasul...

Betapa cintanya Allah kepada beliau... perginya tidak seperti masa sakitnya... tenang sehingga tiada siapa yang perasan sakaratulmaut menghampirinya... tiada waima sepicis pun suara yang keluar dari mulutnya... hanya gerak mulut menyebut nama Sang Pencipta... Sakitnya saat anak2 bercuti sekolah hujung tahun...semua anak2 berkesempatan untuk menjaga beliau saat sakitnya... perginya saat hujung minggu ketika saudara mara bercuti...
Alhamdulillah... ramai yang mengiringi jenazah beliau ke kubur. Rezeki pemberian lebih dari cukup untuk menguruskan pemergian beliau... pada hematku itu semua balasan daripada sikap pemurahnya selama ini...

Kami redhai pemergiannya dengan iringan doa... semoga tenang dia di sana di sisi Sang Pencipta....

Aku sendiri akan memegang amanahnya untuk menjaga anak2nya dan membantu bagi persekolahan mereka... insyaAllah...

Perginya tiada galang gantinya...