Yahhh hari ini aku tidak dapat memberikan fokus kepada apa yang sedang aku hadapi. Aku seakan hilang dari radar kehidupanku buat sementara waktu.
Ya benar aku diam, senyap tapi sebenarnya aku memerhatikan manusia disekeliling aku. Memerhatikan manusia yang berada jauh mahupun dekat denganku.
Aku sendiri tidak pasti aku ini spesies yang mudah untuk didekati atau sebenarnya amat sukar untuk didampingi. Aku sendiri keliru. Kerana apa yang aku tahu kehidupan aku hanya dengan diriku dan keluarga. Bersahabat??? yaa sudah lama aku tinggalkan kerana bagi aku mempunyai seorang sahabat yang mengetahui semua tentang diri kita adalah sesuatu yang amat menyakitkan apabila semuanya terpaksa berakhir dengan pengkhianatan.
Aku bukan serik cuma aku tidak mahu merasa kesakitan untuk kesekian kalinya. Aku adalah rare species. Unpredictable. So agak sukar untuk dikawal.
Mungkin pada mulanya mereka senang dengan adanya aku, namun suatu hari nanti mereka akan merasa muak dengan perangai aku yang sesungguhnya sukar untuk dijangka.
Mencari sesuatu yang mampu memberikan aku kekuatan untuk mempercayai orang2 disekelilingku.
Mungkin nampak seolah-olah aku memberikan 100% kepercayaan kepada mereka, namun sebenarnya aku hanya mampu memberi 30% kepercayaan kepada mereka.
Dari tajuk entri ni dah tahu betapa bercelarunya kehidupanku.