Tuesday, 18 November 2014

Usah Berduka Wahai Hati

Terima mesej.... "i really need money now, i lost my cash yesterday...help me" aku hanya mampu termenung merenung dinding... ye aku kerja... gaji boleh la untuk membantu orang lain sedikit sebanyak... tapi fahamilah keadaan aku sekarang... aku baru sahaja melalui dua kali pindah... aku sekarang ni terpaksa menyimpan semula....

Pindah randah memerlukan duit sayang.... nak sewa rumah dengan deposit dua bulan... kalau sewanya RM600 sebulan... sah2 masa masuk rumah tu nak kena bayar RM1800 tidak termasuk api air....

Perbelanjaan lain sementara menunggu kenderaan sendiri lagi... dengan harga minyak semakin naik... sebulan aku bergerak tanpa tin sardin kemek ku... cuba bayangkan perbelanjaan aku masa tu... semuanya habis macam tu sahaja... then nak tunggu claim pun alamatnya sejuta hari baru dapat....

Aku plak pindah time nak raya...harus lah semuanya tunggang langgang... mana budget nak raya... mana budget sewa rumah..mana budget perbelanjaan...

After 3 month aku kena pindah lagi... dengan rumah di kuching xleh kosongkan lagi sebab tunggu pengesahan penggunaan LPO boleh atau tak... rumah di tempat baru pun tak de... so kenalah ulang alik tiap2 hari 3 jam pergi 3 jam  balik... tambah lagi pada masa yang sama ada gak kursus2... hadoi pening kepala memikirkan perbelanjaan...

Dengan keadaan keluarga yang memerlukan dana emergency... aku  terpaksa kemudiankan urusan sendiri untuk orang lain...

Then now you need money and nak push2 aku kasig gak duit kat ko... usaha la dengan orang lain juga... kalau hutang2 orang dekat aku ni tak berbayar... mana aku nak hidup... hutang jek byk byrnya langsung tak ada...

ya, memang aku hidup sendiri tapi sedar atau tidak banyak lagi perkara  yang perlu aku uruskan...

Till today i'm waiting for my claim ....
Selagi tidak terkena pada batang hidung mereka, mereka tidak akan memahami...

Ye aku nak tolong semua orang, tapi aku bukan bank negara malaysia....
Kenapa manusia suka mengusutkan kepalaku dengan masalah duit....

Monday, 17 November 2014

Modern Farmer (Korean Series)

Aku suka tengok cite korea yang bodo-bodo yang boleh wat aku gelak gitewww... kalau citer sedih2 ni parok sikit... Ok aku tgok cite ni sebab ada vocalist FT Island... hihihihik...

Kolam Renang

Kenapa Kolam Renang????

Tarikh kuatkuasa perpindahan adalah 16 Jun 2014.

23 Jun 2014 mendapat surat penempatan di Agensi Baharu.

29 Jun 2014 mendapat penempatan dalaman Agensi dan Alhamdulillah kembali ke Tanah airku.

3 Julai 2014 melapor diri di tempat kerja yang baharu. Perasaan... Gembira, cuak, memikirkan kehidupan kerana mereka kata ini lembah kekurangan masa.

Bermula 7 Julai 2014 aku diarahkan melalui sesi orientasi i/u rotate di setiap seksyen.

Sebulan berlalu, rotation pun dah tamat.. aku masih berenang-renang ketepian di kolam renang yang serba kekurangan

- aku sempat la membantu dorang uruskan gerai jamuan raya

masuk bulan ke dua... aku masih berenang-renang ketepian...

3 bulan 3 hari aku dapat surat penempatan dalaman... alhamdulillah tercampak ke zon yang kira2  3 jam pemanduan dari rumah bonda...

penantian belom tamat disitu... aku perlu menghadiri itu, tunggu ini dan macam-macam lagi...

15 Oktober 2014 - akhirnya bom jangka meletup... aku sudah tidak mampu menahan tekanan. Aku mohon cuti dan balik kampung. Next monday terus lapor diri di zon.

OTW balik sibu (nak drive 7 jam ni) dapat call suh pi kursus 16 to 19 oktober 2014. Hati dah tawar hebey... just minta dorg sediakan tiket flight n fly klu ada... klu xda x gi. Then dapat.

20 Oktober 2014 aku declare as travelling day... dah la aku takda weekend...
21 Oktober 2014 aku buat2 degil n follow zon sibu gi site atas dasar nak belajar...
22 Oktober 2014 aku masuk zon aku skang ni... and dah ada perbincangan dgn ADUN..
- bertegang urat dengan one of the top officer.... terluka dgn ayat yang dikeluarkan oleh manusia itu.
- xdapat jadi panel interview di sibu untuk seminggu
- diarahkan untuk hadir bengkel 23-24 Oktober
- kelam kabut suh dorg carikan tiket

23 Oktober 2014
- hati tak berapa nak ikhlas so flight pun  cancel n tukar flight lain
- hadir dengan perasaan marah
- kene perli depan staff (ada aku kesah)

24 Oktober 2014
aku dah tak rasa apa dah... aku nak settlekan bengkel dan balik sibu... family first.

Mengetuai zon dengan sedikit pengalaman dan pengetahuan pengoperasi amat menyakitkan..
So aku rasa aku ni dah macam boneka. Tapi aku follow jek dulu flow...

3rd week kat sini aku dah diuji dengan data2 yang aku sendiri pun tak ada.
sampai ada yang kluar statement aku tak reti buat kerja.

my 4th week sekali lagi diuji... uruskan something yang dorang sendiri masa zaman dorang dok sini dulu pun tak pernah buat. Manusia sekarang ni merepek... dengki... suka nak uji2.. biasal la dorang ni dah di zon selesa...

Tajuk Kolam Renang sempena 3 bulan 3 minggu aku berenang2 ketepian...

Sekian. Laporan daripada "Kapal Karam Dilautan"


  


Corat Coret

Agak lama aku tidak mencatatkan apa2 disini... malas... no network dan segala macam alasa yang boleh aku senaraikan. Ya aku menempuhi fasa baru kehidupan... kehidupan yang kadang kala amat memenatkan tetapi membahagiakan.

Sekarang masanya untuk aku sebagai seorang anak, adik, kakak, cucu dan makcik kepada semua kaum kerabat dirajaku. Semuanya berada di batu jemala patik.

10 tahun hidup berjauhan dari mereka, namun aku akan pastikan peluang yang ada ini aku akan gunakan sepenuhnya. Lupakan dunia luar kerana dunia yang ada didepan mata aku amat indah...

Biarkan mereka berpaut selama mana mereka masih memerlukan aku.

#sekadarluahandanapayangterlitasdifikiranku