Monday, 30 December 2013

Trip To Jakarta-Bandung ~ Preview

Ok setelah Gateway tahun 2013 aku tutup dengan Singapore, so Gateway tahun 2014 aku buka dengan Trip ke Jakarta-Bandung. Yup trip ni sebenarnya aku rancang sebagai trip solo.... tapi da plak kawan yang ngekotnya. Hehehehe... ok ni 1st Trip aku ke negara jiran yang ni... hehehehe maluuunye...

So aku harapkan yang terbaik.... tak sabar!!!!

Friday, 27 December 2013

Trip Kanak-Kanak Dewasa (Gold Coast, Sydney, Brisbane) ~ Day 2

04 November 2013
Gigih itinerary masing-masing nak nengok sunrise dari balcony… Akhirnya aku hanya mampu menikmati sunrise dari tingkap bilik… mengantuk… huahahahaha… Jam 5 pagi semua dah bangun siap2. Banyak mende yang nak kene settlekan pagi ni
PINTU MASUK KUPARI
1) Nak bayar untuk penginapan 8:00am – awal pagi phil dah ada dah kat kaunter. mungkin sebab aku ada kot. Hahaha pakcik ni takda la tua sangat… tapi tua la dari aku… huahahaha… dia sangat baik, semua mende dia nak cerita, risau naw kalau iols sesat… but sorry la pakcik phil iols sangat mengejar masa sebab kereta dah sampai….
2) Nak amek kereta sewa 8:30am – dorang datang amek kita then bawak ke opis dorang. Mudah berurusan dengan dorang ni.. walaupun aku tak terlibat, tapi aku tengok cara dorang memang amat mudah. hehehehe
Alamat  tempat sewa keta:
2/11 Northview Street
Mermaid Waters
Queensland 4218
(1300 365 033)
3) Nak gi Movie World
Hehehe mcm banyak nau la ye…
Settle semua urusan dalam kol 9.00 lebih mcm tu la… hehe maka bermula lah xpdc kanak-kanak dewasa ini…. menuju puncak Movie World…
sp mw
laluan yangm enjadi pilihan hati kami
Setelah lebih kurang 30 minit drive, we all pun sampai kat Movie World…
sumber : Google (tak sempat nak snap pic gerbang)
Maka kanak-kanak dewasa semakin menjadi-jadi jakunnya bila bergambar di mana sahaja. Asal rasa chantek terus snap pic… tanpa memperdulikan orang disekeliling kerana mereka pun lebih kurang weols jugak perangainye kot… aku memang berazam, tekad, nekad tak nak naik any menatang yang boleh membuatkan aku sakit jantung macam kat singapore dulu… soooo kiranya matlamat aku memang nak menikmati keindahan MW yang dorang kata best ni… yang lelain pun lebih kurang rasanya. Tapi dalam takut2 dan tak nak tu aku teringin nak naik yang satu tu tapi sebab basah soo mesyuarat memutuskan untuk main game tu last sekali… (tapi tinggal harapan la lepas tu tak jejak dah kat situ).. kat tempat yang bentuk LOVE tu la aku nak naik… tapi…. huk huk huk
MVUrm ape jek yang weols layan… urmmm owh Ice Age 4D tu, Hollywood Stunt Driver, Lepak Main Street layan Parade & Show, Scooby Doo Spooky Coaster, jenjalan n pitca session kat semua tempat… asal boleh… n semua show plak weols layan walaupun kepanasan… giteww….. ni antara pitca yang perasan indah yang weols amek…
C360_2013-11-04-14-24-07-053Budak Gemok Nak Terbang
C360_2013-11-04-09-26-14-390
Tak berbaris pun nak amek pitca dengan mentang comel ni
Camera 360
Pekan Cowboy
C360_2013-11-04-11-07-34-769C360_2013-11-04-12-28-40-865C360_2013-11-04-13-31-42-337 C360_2013-11-04-13-32-09-712 
C360_2013-11-04-13-33-18-709C360_2013-11-04-13-34-42-725Layankan jek la sedikit pitca weols kat sini….pitca ni semua aku amek guna camera hp jek… malas nak kuarkan camera dari dalam beg… boleh gitew….
Aku harapkan tempat yang luas dan banyak game sebenarnya, tetapi…… ok la MW ni… hehehehehe sila2..
Hari ni habiskan masa di Movie World je… tak banyak aktiviti pon…
Ok malamnya weols merayau kat pantai n jenjalan kat area shopping centre kat GC tu…memula kami menjejaki kedai runcit kat sebelah Kupari tu… aku tak boleh la hidup tanpa talian internet (belagak nak mamps!!) so aku beli simcard kat kedai runcit tu jek… hehehehehe simcard rega dia$2 then topup $30 n boleh guna sampai hari terakhir kami di GC… puas hati sebab boleh bergayut dengan bonda dan sista… hehehehe…
Weols cari Hardrock Cafe…pastu weols lepak kat Starbuck membeli tumbler dan menikmati free wifi… hehehehehe (masa tu simcard aku tak active lagi) boleh berFB dan update apa yang perlu amat menyenangkan……
Esoknya iols nak ikut theyols gi SeaWorld plak… hoyeaaaayyyyhhh!!!! boleh jumpa Spongebob Square Pant!!

Trip Kanak-Kanak Dewasa (Gold Coast, Sydney, Brisbane) ~ Day 1

03 November 2013 (Ahad) Flight ke Gold Coast pada jam 9.30 pagi waktu Malaysia dan dijangka tiba di GC jam 8.20 waktu tempatan. Semua tau kan yang GC awal sejam daripada Malaysia. So kiranya dah lewat jugak weols sampai kan. Jam 7 pagi Maz n Yus dah call tanya kat mana?? Hehehe aku ngan bib masih bertenggek kat rumah, tunggu teksi pun satu hal kan. 7.15 aku dengan bib gerak ke LCCT dalam  7.50 macam tu kot sampai la LCCT, disebabkan dah lama naw tak gi international flight melilau plak cari kaunter check-in.. huahahaha kelakar dowh…  dah tu panjang plak barisan tempat drop baggage urm.. memang tak boleh blah… Dah settle drop beg2 tu baru merayap carik makcik n pakcik dua orang tu. Then jumpa la kat KFC.. sebab tak sarapan lagi n takut tak makan dlam flight nanti, so melahap la seketul ayam kat situ. (sebenarnya we ols tak beli makanan pun untuk penerbangan ke OZ ni, bukan tak nak tapi lupa). After melahap dengan senang hati, maka geng kanak-kanak dewasa pun bergegas ke departure hall. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semua orang lepas, bermaksud visa@ETA lepas la nak ke OZ gitew. Sambil berlenggang kangkung, tetibe tengok gate untuk ke GC penuh orang. Uwaaaaa!!!! aku dah panic.. panic takut makanan tak cukup… hahahahaha sungguh tak berasas kepanikan aku tu… hehehehe. Maz n yus dok belakang, aku dgn bib dok dekat dengan toilet.. haruslah seat aku tepi tingkap lepas aku paksa bibah beli jugak seat tepi tingkap untuk aku… huahahahaha jiran we ols awek sakura… minah jepun yang tak keluar satu perkataan pun dari mulot dia… hehehehe.
20131103_170443
Camera 360
XTVT DLM FLIGHT
Alhamduillah, dapat makanan… tak kisah la bayar lebih mahal daripada orang yang beli online kan… yang penting perut aku terisi dengan gumbira… senang hati!!!!!!!!!
C360_2013-11-03-14-03-35-753
MAKANAN AKU OTW
Owh lupa nak gitaw flight weols sebenarnya lwat sikit daripada jadual. So weols sampai dalam kol 9 gitew waktu dia. Airport pun macam lengang sikit. Masa kat imigresen n kastam dorang aku la cuak… mana la tau ada si anjing comel yang datang merayau. dah la aku takut menatang tu.
Nah akhirnya aku bebas tanpa berjumpa makhluk di atas… sebab tak da barang nak declare so kluar dulu dan settlekan urusan pengangkutan ke penginapan. Memula ingat nak amek bas, tapi sebab dah malam n penat so aku meyakinkan semua orang utk amek teksi… huahahahaha menurut Phil Brown (pakcik apartment yang selalu beremel2 dgn aku tu) tambang dalam $70. so lebih kurang la dengan naik bas. So aku gigihla mencari kat mana teksi tu. Rupanya keluar je airport tu kene jalan ke kanan…. hehehe takde la plak semangat aku nak snap pitca sebab aku dah lembik sebenarnya and risau mana nak cari kunci yg Mr. Phil letak… hehehe…
ihsan abg google
so we all naik la itu teksi sambil mata masing2 kejap2 jeling meter… memula ok jek… pastu terasa laju pulak kuda tu berlari… uwaaaa semua dah panas punggung tgok dah lebih $70 tp x sampai lg… hehe dan akhirnya sampai jua dengan total $83. Apa yang pasti sampai2 jek aku berkejaran ke pintu apartment dan alangkah gumbiranya hati beta melihat sampul surat yang mengandungi kunci dan pesanan pakcik phil tergantung di pintu… hoyeeeeaaahhh!!! berjaya…. Apartment we all tingkat 4, sea view yer…  apartment 2 bilik and extra satu katil kt ruang tamu, lengkap segalanya cuma wifi jek xda.. hahahaha (nti aku buat entry khas untuk apartment)… Apartment ni $720 utk 6 mlm ya
Lepas dah settle semua mende, puas hati iols pun ZZZZzzz
Bersedia untuk esok

Trip Kanak-Kanak Dewasa (Gold Coast, Sydney, Brisbane) ~ Intro

3/11/2013 – 9/11/2013 yang lepas aku melepakkan diriku yang hina ini di bumi kanggaru gitew…  Erk minah kampong pergi tempat omputeh plak after last year negara K-POP (masa pergi  tu kurang layan sgt la K-Drama, apatah lagi lagu K-POP… pergi pon sebab suka nak tengok tempat orang.. kekdahnya).
Sebabkan ni negara yang aku boleh ber “communicate” tanpa ragu-ragu, so aku berani dan yakin bila semua sepakat untuk pergi sendiri tanpa travel agent.. hehehe… So memasing beli tiket ujung tahun 2012 and awal tahun
2013 (spesifiknya aku beli bulan Januari 2013 gitew).
Airasia X menjadi pilihan… (tu je yang murah pun). Dana yang dilaburkan untuk Ticket RM1.1K (return)… boleh la kan sebab beli 10 bulan before depart kan… orang lain boleh dapat RM700 jek untuk return… hehehe… lepas beli tikcket tu tak buat ape2 la sampai la bulan 4 mcm tu.. hehehe barus trt buat research sikit2 n mula la bahagikan tugasan masing2…
Ai dapat task booking penginapan, visa@ETA n ticket ke Madame Tussauds Sydney…. hehehe tapi semuanya aku settlekan last min sb bizi sket taun ni…
Ticket Flight to Sydney, Theme Park kat GC tu mek Maz yang uruskan, Sewa Kereta plak Yus nyer kerja… Bib??? tugasan dia menanti di Area Percutian nanti… hehehehe
Ni aku listkan mende2 yang kami dah settlekan  sebelum fly ke OZ
1) Ticket Theme Park – (We ols amek yang VIP Pass(Movie World, SeaWorld, Wet n Wild $99 pax tapi dapat free 1) = $297/4 = $74.25 pax
2) Paradise Country (General Admission+ BBQ Lunch) = $39.99 pax
3) Flight Ticket to Sydney (return) = $98 pax
4) Madame Tussauds Sydney = $30.4 pax
5) Sewa Kereta (5 hari) = $236.50/4 = $59.1pax
6) Apartment 2 Bedroom (Kupari) = $720/4 = $180 pax
7) Visa = RM20 pax (buat dengan kak Intan)
(A) So total yang dah settle before pergi = $481.74 + RM20 pax
Alang-alang dah ingat ni aku tepek semua la perbelanjaan di OZ :
1) Parking :
Airport 1 hari (masa pergi sydney) = $22/4 = $5.5 pax
Art Gallery Brisbane per entry = $15/4 = $3.75 pax
Story Bridge = $2/4 = 0.5 pax
Skypoint GC = $2/4 = 0.5 pax
2) Skypoint ticket = $15.75 pax
3) Makan di Rick’s Cafe Movie World = $20 pax
4) Minyak keta (5 hari) = $74.69/4 = $56.25 pax
5) Teksi
GC Airport – Kupari = $83/4 = $20.75 pax
Sydney Airport – Darling Harbour = $57/4 = $14.25 pax
Kupari – GC Airport = $83/4 = $20.75 pax
6) Pub Trans Lain
Bas Paddy Market – Opera House = $2.2 pax
Train Opera House – Sydney Airport = $15.9 pax
7) Makanan runcit2  = $30
8) SV = $100
(B) Total = $296.1
Total Perbelanjaan = RM1100 + RM20+( $481.74 + $296.1) x 3
= RM1120 + RM2333.52
RM3453.52
So total perbelanjaan aku seperti yang dikira di atas. Aku rasa mungkin kurang lain tang Shopping/SVnier tu… banyak jimat kat makan kot sebab masak kat apartment… n Starbuck jek… kebab pun sekali jek tu pun share sebab bapak beso portion dia…
Hehehe puas hati la dengan bajet tu walaupun sebenarnya banyak lagi ruang untuk kurangkan…

GETAWAYS 2013

2013 Getaway
Ni first getaway aku ke obersi selepas tahun 2012… Last Trip ke Korea 2012… Alhamdulillah la dapat keluar sekali setahun pun ok… Untuk tahun 2013 ni aku pilih untuk ke Gold Coast, Sydney dan Brisbane, Australia…. Trip seminggu bersama tiga lagi rakan dirancang pada hujung tahun 2012 yang lalu…
Untuk tahun 2013 ni tak banyak la bercuti-cuti Malaysianya… Tahun ni aku cuma pergi ke Kelantan, Cameron, Melaka, Kota Kinabalu dan Langkawi. Semuanya tanpa perancagan rapi tapi pergi membawa hati yang doka nestapa (kekdahnya)..
Sebab ni blog baru aku, so nanti slow-slow aku cerita…

Telemovie “Kenapa Aku Binti Abdullah”


Ni poster Telemovie yang aku layan tu... simple jek....
Ni poster Telemovie yang aku layan tu… simple jek….
Aku terjumpa link telemovie ni… so aku layankan jek… Bagi aku tajuk drama ni dah menjelaskan segala-galanya, cuma olahan cerita yang mungkin menarik untuk ditonton. Soal pelakonnnya, aku tak amek port sgt sebab aku lebih menghayati isu yang cuba diketengahkan.
Sedikit screenshot
Sedikit screenshot
“Anak Luar Nikah” atau “Anak Tak Sah Taraf”
Masyarakat sekeliling mudah memandang jijik, memandang rendah anak yang tak sah taraf, sehinggakan individu tersebut tertekan dengan persekitaran. Memang tak dinafikan, masyarakat kita sekarang lebih terbuka mengenai perkara ini, namun masih ada yang memandang rendah pada ATST.
Anak Anugerah Terindah : sah Taraf Atau TIdak, Bukan Salah Mereka
Anak Anugerah Terindah : sah Taraf Atau TIdak, Bukan Salah Mereka
Bagi aku, anak tu tidak bersalah, mengapa perlu kita menghukum mereka??? Yaa mungkin mereka dilahirkan tanpa ikatan yang sah. Tapi, adalah sangat kejam bila kita membebankan lagi mereka dengan tanggapan negatif. Bagi aku watak dalam cerita ni kira bertuah la sebab tak da plak yang ejek status dia. Urmm tapi anak tu yang memberontak bila dorg baca tanggapan negatif orang terhadap  mereka…
Menggagau Mencari Kebenaran Disebalik Kekeliruan
Menggagau Mencari Kebenaran Disebalik Kekeliruan
Hakikatnya kehidupan sebenar ATST ni kadangkala amat menyedihkan. Selalu menjadi mangsa diskriminasi, masngsa pilih kasih. Kesian mereka mencari identiti sendiri apabila mereka keliru dengan status mereka, keliru siapa ayah mereka…
Duka Dihati Mereka
Tekanan sekeliling menyebabkan mereka hidup dalam kesedihan dan selalu menjadi mangsa ejekan kawan-kawan yang telah diajar oleh ibu bapa yang anak Tak Sah Taraf ni Anak Haram, Anak Luar Nikah, Anak Sial… dsb…
menyedihkan
menyedihkan
Apa2 pun Anak Tak Sah Taraf jangan pernah menyalahkan ibu bapa kerana melahirkan mereka ke dunia. Sebaliknya bersyukurlah kerana nasib mereka tidak seperti anak-anak lain yang dibuang atau digugurkan. Bersyukurlah kerana Allah memberi peluang kepada mereka untuk melalui ujianNya…

Kisah Sesuatu

hari ni aku tak gi keje. kenapa???? taaaraaaaa this is the answer…..
Hasil Terjun Tangga
Sebenarnya masa nak turun kerja pagi tadi aku lambat. Bila dah lambat kalut la kan berkejaran ke kereta sambil menatap phone… akhirnya aku terjelepok kat tangga sambil bibirku mencium lantai konkrit. So dari situ la bermulanya episod balut membalut kaki ku yang nampak gemok itu… bengkak… urm balutan tu selepas dapat satu injection. 
Kerja gila tyme dapat MC
# sibuk dok tanya sume orang kat mana ada jual gulai patin masak tempoyak area putrajaya@bangi (tapi tak pi carik pun)
# dok paksa makcik bibah teman membedal steak kat TGI Friday Alamanda…
steak da abes… yg tgal sayur2 yg da layu sgt
hehe balik mkn bru terasa sakitnya…. bengkak sa surut, so esok xyah xray bagai…. hehehe

Walhal Intipati Blog Aku

Wah bahasa… huahahaha….Blog aku ni memang takda hala tuju tada misi visi takda slogan. Hanya tempat meluahkan perasaan dan kecelaruan tatkala menghadapi tekanan. Juga menjadi medium untuk aku berkongsi suka duka kehidupanku. Boleh aku katakan ini mungkin diari atau apa sahaja.
Bagi yang terganggu dengan entry2 yang dipaparkan. Aku minta maaf. Oleh kerana ini blog aku, so aku berhak mengeluarkan entry waima kisah semut berlawan berebut gula sekalipun. Kerana ini blog suka-suka dan bukan blog untuk mencari keuntungan ala blogger2 mantops. Tidak terlintas langsung nak buat duit dari blog yang membosankan ini.
Penggunaan bahasa mungkin akan bercelaru sama seperti diri aku sendiri yang memang tidak terurus. Apa yang terlintas untuk dikongsikan di sini, itu yang akan aku keluarkan. Tengok wallpaper pun dah tahu aku ni macam mana kan… so relax2 sudeyyyy…
Ok la…just nak inform la kan… blog aku ni memang tidak akan aku campur adukkan cerita tak kira la kisah suka duka gelak tawa bagai tu kan… kisah travel sana sini pun aku boleh cite kat sini… ada aku kesah.. hak aku kan… yang penting aku tak mengganggu sensitiviti etika berblog sampai blog boleh kene banned… hehehehehe xmo nakal2 macam orang lain..
teringin gak menulis cerpen… tapi memandangkan jiwa aku ni tak berapa nak “in” dengan ketekunanan nak menulis, so biar la aku kuburkan dulu niat di hati…
Walaupun aku kaki novel and kaki berangan, tapi aku tak ada talent dalam penulisan… kalau hanya nak berbekalkan Bahasa Melayu gred A1 masa SPM dulu,
Kannnnn dah start melalut tu…. so jangan terkejut kalau anda tengah baca kisah trip aku ke mana-mana tetibe masuk cerita gajah sepak kereta…
Sampai ketemu lagi…….

1st N3

Hi u ols!!!! this is my 1st post for this blog (3G – Gadis Gemok Gedempol). Quite a long time I did not blogging, after I delete my old blog 5 months ago. Why do i choose 3G??? i’ll explain later. How i wish this blog will last forever. NO SABOTAJ!!! OK.