Friday, 27 December 2013

Telemovie “Kenapa Aku Binti Abdullah”


Ni poster Telemovie yang aku layan tu... simple jek....
Ni poster Telemovie yang aku layan tu… simple jek….
Aku terjumpa link telemovie ni… so aku layankan jek… Bagi aku tajuk drama ni dah menjelaskan segala-galanya, cuma olahan cerita yang mungkin menarik untuk ditonton. Soal pelakonnnya, aku tak amek port sgt sebab aku lebih menghayati isu yang cuba diketengahkan.
Sedikit screenshot
Sedikit screenshot
“Anak Luar Nikah” atau “Anak Tak Sah Taraf”
Masyarakat sekeliling mudah memandang jijik, memandang rendah anak yang tak sah taraf, sehinggakan individu tersebut tertekan dengan persekitaran. Memang tak dinafikan, masyarakat kita sekarang lebih terbuka mengenai perkara ini, namun masih ada yang memandang rendah pada ATST.
Anak Anugerah Terindah : sah Taraf Atau TIdak, Bukan Salah Mereka
Anak Anugerah Terindah : sah Taraf Atau TIdak, Bukan Salah Mereka
Bagi aku, anak tu tidak bersalah, mengapa perlu kita menghukum mereka??? Yaa mungkin mereka dilahirkan tanpa ikatan yang sah. Tapi, adalah sangat kejam bila kita membebankan lagi mereka dengan tanggapan negatif. Bagi aku watak dalam cerita ni kira bertuah la sebab tak da plak yang ejek status dia. Urmm tapi anak tu yang memberontak bila dorg baca tanggapan negatif orang terhadap  mereka…
Menggagau Mencari Kebenaran Disebalik Kekeliruan
Menggagau Mencari Kebenaran Disebalik Kekeliruan
Hakikatnya kehidupan sebenar ATST ni kadangkala amat menyedihkan. Selalu menjadi mangsa diskriminasi, masngsa pilih kasih. Kesian mereka mencari identiti sendiri apabila mereka keliru dengan status mereka, keliru siapa ayah mereka…
Duka Dihati Mereka
Tekanan sekeliling menyebabkan mereka hidup dalam kesedihan dan selalu menjadi mangsa ejekan kawan-kawan yang telah diajar oleh ibu bapa yang anak Tak Sah Taraf ni Anak Haram, Anak Luar Nikah, Anak Sial… dsb…
menyedihkan
menyedihkan
Apa2 pun Anak Tak Sah Taraf jangan pernah menyalahkan ibu bapa kerana melahirkan mereka ke dunia. Sebaliknya bersyukurlah kerana nasib mereka tidak seperti anak-anak lain yang dibuang atau digugurkan. Bersyukurlah kerana Allah memberi peluang kepada mereka untuk melalui ujianNya…

No comments:

Post a Comment