Sunday, 26 January 2014

Trip Jakarta- Bandung 10- 13 Januari 2014

Flight aku ke Jakarta pada jam 14:50 ptg menggunakan AirAsia. So tepat jam 1.00 tengahari aku dah sampai di LCCT... selesai check dokumen aku pergi melahap di KFC sementara tunggu member yang nak join datang.. Erm jam 1:45 ptg batang hidung pun tak ada lagi, so aku pun pergi masuk departure hall... biasanya aku akan masuk awal kalau international flight... tak kira la dekat or jauh. Flight ke Jakarta amek masa 2 jam. Dalam flight pun aku melahap juga kot.. entah tak ingat... 

Malangnya...flight delayed hampir 2 jam...hampir 2 jam ok... 1nya sebab flight dari Jakarta lambat 30 minit, then bila dah depan kapal terbang ni... FA suruh balik departure hall sebab tayar kapal terbang nak kena tukar... erghhh!!! musibah apakah ini.. dahlah bay tu jauh dari gate pelepasan. So sebahagian daripada penumpang yang akan ke Jakarta mengambil keputusan untuk tunggu jek depan bay tu walaupun staff AA dah bising suh berambus... WTH aku nak jalan jauh2 balik gate n nak jalan balik ke bay...so aku la antara yang degil tunggu depan bay tu. Dekat sejam lebih jugak la baru dapat naik... Plan memang dah hancur sebab dah lewat 2 jam daripada jadual asal... 

Sampai di Jakarta dah tak ingat jam berapa... tapi dah gelap gelita. Masalah kedua plak bila hotel plak buat hal... ye la dah lambat kan... aku terpaksa roaming untuk call hotel... bagitau kami lambat sangat2.. memang macam hareeemmm.... memang aku tak habis2 menyumpah... teruk betul perangai hari tu...

Dari airport naik Damri IDR30k... member dah buat muka sb aku gtau dia IDR25k jek sebelum ni... lantak la...aku dah pening kepala... sampai kat gambir station satu hal lagi... dengan teksi. dan kerenah manusia. dah lewat tapi urrrmmm macam2 kerenah... MALAS...MELUAT!!! aku pun lapar weyyyy....

Sampai hotel dah malam dah... hotel plak jauh dari tempat makan... urm mungkin sebab kepala aku dah tak betul so aku memang senang naik angin...

Apa yang aku boleh simpulkan.... travel berdua sebenarnya perlukan anda untuk saling bergantungan... jangan berkira sangat.... 

Saturday, 25 January 2014

Cuzzy Gateways

Erm takda idea nak sambung entry Gold Goast... hehehehe so nak share lepaking bersama cuzzy di I-City last week. Kami ke I-City dalam hujan gitew... aku plak melanggar perintah berkurung. Hehehe sebenarnya aku sakit mata so dapat MC. Tapi tak betah duk umah so aku keluar menghabiskan masa. Hehehehehe










Tujuan utama kami ke I-City ni bukan nak pergi Snow-Walk ~ aku dah banyak kali kot bawak orang pergi sana so kali ni aku xmo dah masuk peti ais tu. Tambah2 lagi hujan.. mmg tak la aku nak kasi masalah kat badan aku..

Dipendekkan cerita, kami pi Trick Art Museum & Red Carpet jew... huahahahaha.. Kebetulan la plak kan ada promotion so boleh la dapat harga murah sikit kot dari harga biasa. Untuk 2 orang kami byr 70 untuk Red Carpet dan 20 untuk Trick Art Museum.

Nah ni sikit gambonya... 












M.V Pulau Kidjang adalah Titanic Batang Rejang

M.V Pulau Kidjang adalah kapal pengangkutan utama di Sarawak sekitar tahun 70-an dulu selain M.V Rajah Mas yg berulang-alik dari Kuching-Sarikei-Sibu pada ketika itu. M.V Pulau Kidjang yg bernilai RM320,000 ini dibeli dari Indonesia dan telah berkhidmat untuk penduduk selama 8 tahun sebelum karam di muara Rejang pada 1973.






Tragedi menyayat hati itu berlaku pada 27 Disember 1973. Kapal yang membawa penumpang seramai 159 orang tersebut, yang kebanyakannya dalam perjalanan pulang ke Sibu selepas bercuti sempena perayaan Krismas. Kapal tersebut bertolak dari Kuching pada 26 Disember, jam 6.30 petang, lewat 30 minit daripada yg dijadualkan.



Walau bagaimanapun, ia karam di perairan Tanjung Jerijeh, sekitar 3.5 batu nautika dari Barat Sarikei. Di situlah kubur tanpa nisan 80 penumpang M.V.Pulau Kidjang yang gagal menyelamatkan diri apabila kapal itu terbalik setelah dipukul ombak yang kuat sebelum melanggar beting pasir di Tanjung Jerijeh kira-kira jam 3 pagi. Tragedi malang ini mendapat publisiti meluas di dada akhbar terutamanya akhbar Inggeris tempatan ketika itu, The Vanguard bertarikh 28 Disember 1973.



Kejadian jam 3.00 pagi tersebut telah mengorbankan 121 nyawa. Hanya 41 mayat yg ditemui manakala selebihnya hilang kerana tidak dapat dikesan. 38 orang terselamat termasuk 18 orang kelasi. Kebanyakkan mangsa mati akibat terperangkap di dalam kapal, ada yang lemas dibaham ombak ganas musim tengkujuh kerana terjun ke laut tanpa jaket keselamatan. Tuah menyebelahi sesetengah penumpang yg terdampar di pantai Kampung Gerigat apabila M.V Hornbill yg dalam perjalanan dari pekan Selalang menemui mereka. Peristiwa tersebut telah menjadi sejarah hitam dan igauan ngeri bagi mangsa-mangsa yg terselamat.



Peristiwa ini turut meninggalkan kesan kepada penduduk Sarikei apabila kebanyakkan penduduk disana tidak memakan ikan selama berbulan-bulan disebabkan terbayang mayat-mayat mangsa yg dimakan hidupan laut. Ada kes dimana penduduk menemui cincin, jam tangan butang baju, serta jari didalam perut ikan yg ditangkap.


Jika hari ini kita bertanya kepada anak-anak muda, tidak ramai yang mengetahui sejarah maritim negeri Sarawak ini. Saya sendiri dilahirkan 12 tahun selepas kejadian tersebut. Kampung saya juga tidak jauh dari tempat kejadian. Tiap kali melalui jalan air dari Kampung Betanak ke Sibu, kami akan melalui kawasan tersebut, malah tiang paling tinggi kapal tersebut masih utuh dan boleh dilihat dipermukaan air… Saya sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya yang belaku di sebalik tiang yang sentiasa menjadi tanda Tanya kepada saya sejak kecil… Ibu hanya mengatakan itu tiang kapal karam namun tidak menceritakan apa disebaliknya.. Sesungguhnya peristiwa ini sentiasa segar dalam memori setiap warga tua di negeri Sarawak terutama kepada ahli keluarga mangsa yang kehilangan saudara mereka.
Semoga roh-roh mangsa dicucuri rahmat....Amin.