13 Mac 2014 - Satelit China mengesan objek yang dipercayai berkemungkinan berkaitan dengan MH370 di Laut China Selatan.(# Objek akhirnya disahkan tidak berkaitan)
20 Mac 2014 - Satelit Australia mengesan dua objek yang dipercayai kemungkinan berkaitan dengan MH370 di Selatan Lautan Hindi tidak tidak jauh dari Perth, Australia.(#pemeriksaan fizikal ke kawasan tidak menemui objek)
"Satelit China kesan objek besar kemungkinan pesawat hilang MH370 di koridor selatan pada Selasa, 18 Mac lalu, lapor agensi berita rasmi Xinhua.
Pihak berkuasa pentadbiran Sains, Teknologi dan industri bagi Pertahanan Negara (Sastind) berkata objek dikesan oleh satelit pemantauan bumi "Gaofen-1", kira-kira jam 12 pagi 18 Mac waktu Beijing.
Petang tadi, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau baru dimaklumkan bahawa satelit China mengesan imej objek berukuran 22 meter panjang 13 meter lebar di koridor selatan." Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MH370_ObjekbesardikesansatelitChinaSelasalalu-Xinhua/Article/?mutakhir
23 mac 2014 - Satelit perancis mengesan objek yang berpotensi merupakan serpihan pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi. Pusat Penyelarasan pencarian di Australia menerima imej berkenaan awal pagi tadi menurut MOT. Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140323/dn_36/MH370-Satelit-Perancis-kesan-objek-di-Laut-Hindi
No comments:
Post a Comment