Sunday, 23 March 2014

Kesan MH370 Pada Kehidupanku

6 Mac setiap tahun adalah hari lahirku. Tahun ini aku memang tak sambut ulang tahun kelahiran aku. Malah aku berpusing bak gasing ke hulu ke hilir menyiapkan semua yang perlu dilaksanakan.
7 Mac 2014 - hari yang amat memenatkan. urm aku makin rajin mengeluh soal kerja. aku tidak dapat menipu diri sendiri. aku sememangnya lost dalam apa yang aku hadapi. Kesannya aku tidur lewat.

8 Mac 2014 - bangun2 tengok timeline kat FB orang dok bercerita pasal kehilangan pesawat MAS MH370. Aku masa tu blurr lagi. Mulanya aku ingat semua ni hanya la rumor semata. Maklum la manusia kini rajin berspekulasi. Tapi bila aku baca akhbar online...akhirnya aku yakin berita tu BETUL. ok automatik badan aku seram sejuk, menggigil mengingatkan keadaan masa dalam kapal terbang masa balik dari kampung minggu sebelumnya... cuaca buruk sampai kapal terbang MAS bergegar teruk. Itu pengalaman paling menakutkan sepanjang hayat aku menaiki burung besi itu.

Ok kembali kepada topik. MH370. Lepas puas baca status2 FB dan google sana sini. Sebab last aku baca pesawat tu telah mendarat di China tetapi bukan di Beijing.. Masa tu memang rasa syukur sangat-sangat. Tetapi bila buka TV, rupanya berita kehilangan pesawat itu benar, tetapi berita mendarat di China itu tidak benar. Ianya sesuatu yang sukar diterima.

Mulai dari itu aku mula mengikuti perkembangan pencarian MH370 melalui TV dan akhbar-akhbar online. Otak aku tak jemu untuk berfikir kenapa, bagaimana, siapa, apa sebenarnya yang terjadi. Dengan isu MH370 aku mula menonton semula berita-berita di TV yang selama ini rasanya antara rancangan yang memualkan dengan lambakan isu Politik. 

Aku mula bercinta dengan Abg Google dan membaca spekulasi-spekulasi dan analisis-analisis mengenai insiden ini. Aku mula refresh semula apa yang aku belajar masa Degree dulu, walau pun tidak berkait secara langsung, tapi sedikit ilmu masa belajar dulu boleh diaplikasikan dalam teori pencarian MH370. Dapat aku rumuskan #aku semakin rajin berfikir dan #membaca. Sel-sel otak mula berhubung membongkar misteri yang menjadi tanda tanya semua orang. 

Bermula daripada insiden itu juga pola tidur aku juga berubah. Hampir tiap malam aku tidak dapat tidur... mungkin kerana otak aku tidak mahu berhenti berfikir. Namun aku sedar, ini semua adalah dugaan Allah SWT yang sentiasa merindui hambaNya. Bukan hanya dugaan kepada ahli keluarga penumpang dan kru yang terlibat, tetapi insiden ini merupakan satu dugaan kepada semua, kepada pemimpin negara, kepada negara juga kepada dunia. Bukti kebesaran KUASAnya apabila kecanggihan teknologi berasaskan sains tewas di tangan PENCIPTA sains itu. 

Hari ini genap 16 hari insiden itu berlaku. Kesannya kepada aku sedikit demi sedikit beransur pulih. Pola tidur aku Alhamdulillah semakin baik walaupun masih tidur lewat, tetapi tidak bergantung kepada ubat yang boleh memberi kesan mengantuk. Alhamdulillah. Sehingga hari ke 16, pesawat tersebut masih belum dijumpai. 

Aku sentiasa mendoakan agar Pesawat tersebut dapat ditemui dalam masa terdekat ini. Semoga Pesawat dan  isi kandungannya termasuk penumpang dan kru2 nya dijumpai dalam keadaan selamat. Sekiranya Qada dan Qadar Allah mengkehendaki sebaliknya, semoga mereka dijumpai dengan keadaan yang sempurna... #PrayForMH370.

No comments:

Post a Comment