Monday, 29 December 2014

Modern Farmer



Tweet!! tweet!!
Aku memang antara kipas susah mati Drama Korea... Dari tingkatan 5 lagi aku dok layan drama korea ni. Walaupun orang kata jalan ceritanya pusing tang situ jugak...tapi aku peduli apa... ada aku kesah... cita melayu pun pusing  tang situ jugak... walaupun plastik tapi sedap gak mata memandang. 2013 dan 2014 merupakan tahun memang dok layan jek la drama korea ni... maklumla rumah da tenet... online streaming jek la kan... 
Terbaru ni aku dokj layan Modern Farmer ni.. tak terlepas satu episode pun... hahahaha 
padahal cite takde la hebat mana tapi yang penting kelakar...



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZDbBDHYSn3p2t5ozj1xDL8uu5qypOblCghWIltE68sbVwOcD-oK5g_v8QnGRuLcsca2xXsh6IweCsxB2vJ86_DzdWlsnWWOvGUFivBcFf_vKFJPl2okUKIBjHaX2ysrD2wtM3sSv9lXEa/s1600/MFc.png
Actors & Actress - Modern Farmer
Urm tak sempat lagi nak wat rumusan... tapi apa2 pun cite ni banyak gak pengajaran nya
1) setiap apa yang dilakukan perlu ada perancangan yang rapi dan dibuat kajian terlebih dahulu kerana ia melibatkan masa depan uols (so sebelum buat keputusan tu pk dlu kesan baik dan buruk nya)
2) jangan mudah berputus asa. hadapi dugaan dengan tenang. (setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya)
3) semangat setiakawan... andai diuji jangan mudah berprasangka dengan kawan baik
4) dont judge a book by it's cover
5) semangat kejiranan perlu ada
6) tegas dan gigih memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan

 

 
Sebenarnya banyak yang kita boleh belajar dari cerita ni.. terutamanya dalam kehidupan bermasyarakat.

Aku adore gilosss atuk Park Deuk Chool... hantu coklat tapi selumberrr kasi kacang kt org... hahahahaha

Aku harap sangat cite ni ada part 2... kot la kali ni depa jadi nelayan plak... hahaha dah tak berjaya misi mejual kubisnya... hahahaha
klu wat kimchi jual kan laris... market luar la... hahahaha

Tuesday, 9 December 2014

Rindu nak Travel...

Last aku travel keluar negara last Januari... tu pun pi Jakarta & Bandung jek.. sorry to say...tempat2 tu memang tak melekat dijiwaku seperti mana Korea & Australia... Mungkin sebab aku kurang gemar keadaan yang hingar bingar dan penuh dengan trick.

Tahun ni sepatutnya aku ke Korea lagi...tapi atas sebab2 tertentu trip tu terpaksa aku batalkan... kesian kat cousin aku terbabit sama... urm nasib lah... mungkin bukan rezeki dia...

Dengan keadaan tahun ni yang terlalu banyak perkara yang terpaksa aku hadapi.. aku terpaksa slow down dulu segala bagai plan yang aku dah rancang. Dengan harapan tahun 2015 memberi ruang untuk aku melaluinya dengan tenang...

Banyak tempat yang berlegar dikepala aku... memandangkan aku masih tidak ada mahram yang boleh pergi bersama untuk menunaikan umrah, so aku terpaksa tangguhkan dahulu niat yang satu itu.. memang aku ada adik beradik lelaki dan juga ayah tetapi mereka ada reason tersendiri kenapa tidak dapat menemani aku... apa2 pun aku pasrah kerana bagiku aku belum dijemput menjadi tetamuNya di sana.

So buat masa sekarang apa yang terdetik di dalam kepada otak ni nak repeat Korea memandangkan plan tahun ni terpaksa ditangguhkan.

Istanbul, Jepun, Hong Kong... ya niat di hati memang ada...tapi aku belum lagi kental untuk meneroka Bumi Allah ini sendirian.. setakat Korea dan Australia aku rasa aku mampu bergerak sendiri, tetapi di kawasan yang berbahasa asing aku tak berani...

Niat di hati ada gak nak pergi vietnam...tapi aku menjangkakan vietnam sama seperti bandung... mampukah aku bertahan.... sedangkan pergi bandung 3 hari pun aku panas punggung nak balik malaysia....

Luas lagi Bumi Allah yang belum aku teroka... menghayati keindahan ciptaanNya memberikan aku ketenangan....

Aku hanya mampu berharap ada sinar untuk tahun 2015.


Cuti Sekolah = Musim Nikah Kahwin

Musim cuti sekolah juga dikenali sebagai musim nikah kahwin di Malaysia.. Sila tanya pejabat kadi berapa ramai yang kahwin musim cuti sekolah ni...kalau tengok statistik mungkin peningkatan lebih 500% dari hari2 bukan cuti sekolah.

Alhamdulillah rakan2 aku pun makin ramai yang mendirikan masjid... Percaya atau tidak sudah lama aku tak menghadiri majlis perkahwinan... hahaha mungkin kekangan masa...

Soalan buat orang yang masih single mingle kalau pi kenduri kahwin orang...
"Bila plak ko nak kahwin ni? Nak gak merasa nasi minyak ko"

Skema jawapan: aku dapat dari FB


1. “Saya masih mahu berjasa untuk family.”

2. “Jodoh lambat ini ujian dari Allah untukku sebab Dia tahu aku boleh hadapinya. Kau tak dapat dugaan ini sebab mungkin kau tak boleh hidup apabila ditanya berkali-kali soalan ini”

3. “Dah siap tertulis dengan siapa dan bila aku nak kahwin. Tapi Allah tak reveal lagi padaku.”

4. “Takde nak rahsia-rahsia eh bila nak kahwin. Sebab ini semua rahsia Allah.”

5. “Esok pun boleh apabila dah tersurat ada calon.”

6. “Tunggu suami makcik kahwin lagi lah.”

7. “InsyaAllah bulan 9 nanti. Tahun belum tahu lagi”

8. “Jangan nak tanya sangat. Nanti aku mengorat suami kau, baru kau tahu.”

9. “Nak sponsor ke?”

10. “Kau tahu ke bila kau nak mati?”

11. “Rumah dah ada, tangga pun dah ada tapi semua tue sewa ajer.”

12. “Carikan seorang untuk aku boleh?”

13. “Awak tak tahu ke? Saya dah lama minat suami awak. Jom bermadu!”

14. “Tengah kumpul duit lagi tapi kalau Mak Long ada duit, boleh tak saya nak pinjam”?

15. “Belum cukup puas bahagiakan mak ayah.”

16. “To-Do-List bujang aku tak complete lagi. Kau ada?”

17. “Kalau tak kahwin, tak mati kan?”

18. "Bila ko dah kenalkan aku dengan adik ko"

19. “Ala… Bosanlah kalau dah kahwin nanti takde orang nak tanya soalan PANAS ni kat I lagi”




Monday, 8 December 2014

Dugaan 2014

Tahun 2014 belum melabuhkan tirainya... namun apa yang mampu aku nyatakan... tahun ini adalah tahun yang penuh dugaan buat diriku dan keluargaku... Namun aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menghadapi dugaan ini. Bukan semua orang merasa peritnya kehidupan sengsaranya menghadapi liku-liku kehidupan.

Dalam banyak-banyak dugaan yang aku hadapi, dugaan penyakit salah seorang ahli keluargaku merupakan sesuatu yang amat perit untuk dihadapi. Dugaan dari segi kewangan bukan isu utama tapi nyawa menjadi apa yang perlu diberi perhatian. Pada saat2 seperti ini talian persaudaraan nampak jelas... siapa benar2 keluarga siapa yang hanya menjadi keluarga saat tersenyum sahaja.. mungkin ayatku berbelit sukar difahami... namun aku lebih senang begini...

Dalam keadaan sekarang... aku hanya mengharapkan peluang kedua yang diberikan ini ada keajaiban yang berlaku. Kami bukan nabi atau rasul  yang bisa mendapat mukjizat.. namun kami sentiasa berdoa agar ada keajaiban yang bisa memberi sinar dihujung terowong tatkala seluruh harapan yang dahulunya ada mula sirna dari padangan mata.

Aku mungkin bukan siapa2. Namun aku tidak akan membiarkan semangat orang disekelilingku terus lemah... kerana aku percaya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Aku yakin Allah tidak akan menduga kami melebihi kemampuan kami.. ya semua apa yang terjadi telah tertulis di Luh Mahfuz... aku tidak menyalahkan takdir... kami dipilih untuk melaluinya.... aku hanya berharap kami mampu menghadapinya dengan hati yang tenang....

Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua...
Amin ya rabbal 'alamin..