Tuesday, 9 December 2014

Cuti Sekolah = Musim Nikah Kahwin

Musim cuti sekolah juga dikenali sebagai musim nikah kahwin di Malaysia.. Sila tanya pejabat kadi berapa ramai yang kahwin musim cuti sekolah ni...kalau tengok statistik mungkin peningkatan lebih 500% dari hari2 bukan cuti sekolah.

Alhamdulillah rakan2 aku pun makin ramai yang mendirikan masjid... Percaya atau tidak sudah lama aku tak menghadiri majlis perkahwinan... hahaha mungkin kekangan masa...

Soalan buat orang yang masih single mingle kalau pi kenduri kahwin orang...
"Bila plak ko nak kahwin ni? Nak gak merasa nasi minyak ko"

Skema jawapan: aku dapat dari FB


1. “Saya masih mahu berjasa untuk family.”

2. “Jodoh lambat ini ujian dari Allah untukku sebab Dia tahu aku boleh hadapinya. Kau tak dapat dugaan ini sebab mungkin kau tak boleh hidup apabila ditanya berkali-kali soalan ini”

3. “Dah siap tertulis dengan siapa dan bila aku nak kahwin. Tapi Allah tak reveal lagi padaku.”

4. “Takde nak rahsia-rahsia eh bila nak kahwin. Sebab ini semua rahsia Allah.”

5. “Esok pun boleh apabila dah tersurat ada calon.”

6. “Tunggu suami makcik kahwin lagi lah.”

7. “InsyaAllah bulan 9 nanti. Tahun belum tahu lagi”

8. “Jangan nak tanya sangat. Nanti aku mengorat suami kau, baru kau tahu.”

9. “Nak sponsor ke?”

10. “Kau tahu ke bila kau nak mati?”

11. “Rumah dah ada, tangga pun dah ada tapi semua tue sewa ajer.”

12. “Carikan seorang untuk aku boleh?”

13. “Awak tak tahu ke? Saya dah lama minat suami awak. Jom bermadu!”

14. “Tengah kumpul duit lagi tapi kalau Mak Long ada duit, boleh tak saya nak pinjam”?

15. “Belum cukup puas bahagiakan mak ayah.”

16. “To-Do-List bujang aku tak complete lagi. Kau ada?”

17. “Kalau tak kahwin, tak mati kan?”

18. "Bila ko dah kenalkan aku dengan adik ko"

19. “Ala… Bosanlah kalau dah kahwin nanti takde orang nak tanya soalan PANAS ni kat I lagi”




No comments:

Post a Comment