Last aku travel keluar negara last Januari... tu pun pi Jakarta & Bandung jek.. sorry to say...tempat2 tu memang tak melekat dijiwaku seperti mana Korea & Australia... Mungkin sebab aku kurang gemar keadaan yang hingar bingar dan penuh dengan trick.
Tahun ni sepatutnya aku ke Korea lagi...tapi atas sebab2 tertentu trip tu terpaksa aku batalkan... kesian kat cousin aku terbabit sama... urm nasib lah... mungkin bukan rezeki dia...
Dengan keadaan tahun ni yang terlalu banyak perkara yang terpaksa aku hadapi.. aku terpaksa slow down dulu segala bagai plan yang aku dah rancang. Dengan harapan tahun 2015 memberi ruang untuk aku melaluinya dengan tenang...
Banyak tempat yang berlegar dikepala aku... memandangkan aku masih tidak ada mahram yang boleh pergi bersama untuk menunaikan umrah, so aku terpaksa tangguhkan dahulu niat yang satu itu.. memang aku ada adik beradik lelaki dan juga ayah tetapi mereka ada reason tersendiri kenapa tidak dapat menemani aku... apa2 pun aku pasrah kerana bagiku aku belum dijemput menjadi tetamuNya di sana.
So buat masa sekarang apa yang terdetik di dalam kepada otak ni nak repeat Korea memandangkan plan tahun ni terpaksa ditangguhkan.
Istanbul, Jepun, Hong Kong... ya niat di hati memang ada...tapi aku belum lagi kental untuk meneroka Bumi Allah ini sendirian.. setakat Korea dan Australia aku rasa aku mampu bergerak sendiri, tetapi di kawasan yang berbahasa asing aku tak berani...
Niat di hati ada gak nak pergi vietnam...tapi aku menjangkakan vietnam sama seperti bandung... mampukah aku bertahan.... sedangkan pergi bandung 3 hari pun aku panas punggung nak balik malaysia....
Luas lagi Bumi Allah yang belum aku teroka... menghayati keindahan ciptaanNya memberikan aku ketenangan....
Aku hanya mampu berharap ada sinar untuk tahun 2015.
No comments:
Post a Comment